Result intersesi dah keluar. Keputusan GAGAL. Maksudnya fie kena repeat. Macam mana internship next sem. Ya Allah, nak nangis rasa. 2 3 hari ni nasib x menyebalahi diri. Macam-macam benda buruk jadi. Dah xde semangat dah ni. Fie x nak extend. Nak buat macam mana ni. huhu
p/s : Alfatihah kepada rider yang accident minggu lepas. Meninggal hari rabu lepas 5 hari accident. Takziah kepada keluarga arwah Izat.
Monday, September 30, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Broga
Assalamualaikum u olls. hari ahad lepas fie pergi Broga untuk kali kedua tahun ni. Fie pergi berlima dengan kawan-kawan. Macam biasa, kitorang gerak pukul 2 dari Shah Alam then sampai Semenyih dalam pukul 3 lebih. Kitorang start panjat bukit Broga pukul 4 pagi. Masa mula-mula panjat Broga dulu sampai stage 2 je, tak sampai puncak pun sebab masa tu demam. So, second time ni kuatkan semangat jugak nak sampai puncak Broga. Fie dan kawan-kawan sampai kat puncak dalam pukul 5. Sampai je puncak, terus tidur. Haha mengantuk kot pepagi buta panjat bukit. BTW, rasa seronok sebab dapat dekat dengan alam semula jadi. Walaupun pagi tu cuaca mendung, tapi bila dah pagi tu wow, cantiknye pemandangan dari atas bukit Broga. Macam biasalah orang ramai, penuh puncak bukit broga. Harap boleh pergi lagi next time.
P/s : Pernah panjat Gunung Senyum masala diploma dulu. Serius maut and nyawa hujung tanduk je. Tersenyum2 turun. . Huhu
P/s : Pernah panjat Gunung Senyum masala diploma dulu. Serius maut and nyawa hujung tanduk je. Tersenyum2 turun. . Huhu
Monday, September 23, 2013
Kemalangan ke-2 di Sepang (1 marshall mati, 1 rider parah)
Assalamualaikum, hari Sabtu lepas fie pergi ke litar Sepang sebab adik fie yang no 3, Daus, ada latihan motor kat sana. Sepatutnya perlumbaan round 3 Malaysia Super Series untuk kategori SIC 250 Ninja Cup berlaku minggu lepas tetapi dibatalkan. cuma latihan diadakan. Adik fie ada practice dalam litar dalam pukul 11 lebih macam tu.
Fie tak ingat practice untuk hari tu berapa minit or berapa lap. Masa dah habis sesi practice, berlaku kemalangan antara seorang marshall india dan rider dari kategori SIC 250 Ninja Cup. Masa sebelum kemalangan tu berlaku, fie tengah borak2 dengan akak Penang dekat paddock Anak dia pun sama team dengan adik fie. Kejadian tu berlaku betul2 depan fie, tapi fie tak berani nak pergi tengok sebab takut. Masa kemalangan tu berlaku, terus jantung berdegup kencang. Fie dah risau dah, ingatkan adik fie yang eksiden. Fie tengok rider2 lain dah masuk paddock, tapi fie tak nampak adik fie. Double risau dibuatnya. Nasib baik terjumpa kat paddock bahagian belakang.
Rider yang langgar marshall tu namanya Mohd. Izzat Mohd. Abdul Hakin, 17. Rider tu telah langgar marshall india (flagman) yang masa tu dekat tepi litar. Dengar cerita yang rider tu sebenarnya dah 2 kali terima checked flag tetapi rider tu masih lagi dalam litar untuk sesi latihan. Tak pasti kenapa dia boleh langgar marshall tersebut, nak cakap tak nampak checked flag untuk kali pertama mungkin possible tapi yang untuk kali kedua kenapa masih tak nampak lagi. Itu yang masih dalam persoalan. Dan kemalangan tu bukan berlaku dekat bahagian corner, tapi dekat betul2 depan pit jalan lurus. Masa rider tu langgar marshall tu, marshall tu terhumban jauh jugak dari garis permulaan /penamat. Rider tu pulak jatuh dan terseret dengan motor tu sekali. Adik fie yang masa tu dekat belakang selepas kemalangan tu berlaku, dia cakap yang marshall tu teruk giler sebab badan kepala dah terpusing dan macam patah. Darah pun banyak keluar. Rider tu pula cedera parah bahagian kepala dan ada yang cakap pinggang terpusing. Riuh giler masa kemalangan tu berlaku. Semua marshall2 dan orang ramai terus berkumpul dekat dengan marshall dan rider tu. dan ada sorang marshall india tu nangis kuat giler terjerit2 meroyan. Mungkin saudara kot. Ambulans dengan segera datang tapi medic tu angkut marshall tu dulu then baru datang balik ambil rider tu. Nasib baik pit dengan medical centre dekat sangat2. Mula2, marshal dan rider tu kena rawat dekat medical centre dulu. Lepas setengah jam macam tu baru kena hantar dekat Hospital Putrajaya. Dan telah dikhabarkan bahawa, marshall tersebut telah meninggal pada hari yang sama kemalangan tersebut.
Lepas je kemalangan tu, semua marshall bersihkan darah-darah dekat litar tu. Ayah rider tu pula lalu depan fie dengan bawa helmet anak dia. Penuh darah dalam tu. urghhh!!! First time tengok perkara macam ni. Dan hari tu jugak, semua perlumbaan dan practice untuk Malaysian Super Series Round 3 dibatalkan. Ni la kemalangan kali kedua yang dah berlaku dekat litar Sepang. Kalau ingat lagi, kemalangan pertama masa Marco Simoncelli eksiden yang telah menyebabkan dia terbunuh.
Credit picture : KEZOOM BLOGSPOT
Gambar yang diambil oleh fie
Ni gambar kemalangan antara rider dan marshall pada 21/9/2013
Credit picture : KOSMO ONLINE
Gambar mendiang Marco Simoncelli eksiden pada tahun 2011
Berita boleh baca dekat KOSMO ONLINE : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Thursday, September 19, 2013
If I could turn back the time
Next update for today is "If I could turn back the time". Okay, kalaulah kita boleh kembali ke zaman silam, apa perkara yang kita nak buat lagi sekali? Sebenarnya fie banyak perkara nak buat kalau boleh kembali ke zaman silam, tapi yang betul-betul fie nak ialah pada saat kehilangan arwah pakcik tercinta, Iylia Ruzaini bin Ibnu @ Boy.
Masuk bulan Ogos yang lepas, dah 7 tahun arwah pakcik fie tinggalkan kami sekeluarga. Walaupun dah boleh terima pemergian arwah, tapi rindu tetap ada. Dia macam abang kepada fie. Mama fie bela arwah cik Boy dari kecil lagi sebab nenek duduk jauh, Sampai mama dah kahwin pun, ayah yang tanggung sekolah arwah cik Boy sampai dia masuk Kolej. So, bila arwah meninggal tu, yang paling terasa sekali mama dan ayah terutamanya. Fie pun sangat terasa sebab fie dari bayi sampai sekolah menengah membesar dengan arwah.
Macam mana arwah meninggal? Arwah meninggal masa fie form 4 dalam eksiden dekat Rawang. Masa tu arwah baru balik dari amik tunang dia, Fitri, dari kerja naik kereta kancil tunangnya.. Masa dekat traffic light area Rawang, ada beberapa mat rempit telah rompak arwah dan tunangnya. Jam, dompet semua orang tu ambil. Arwah ni pulak jenis yang panas baran, so lepas kena rompak tu, arwah kejar perompak tu. Mungkin nasib tak baik, kereta yang arwah bawa tu eksident dengan kereta lain dan sangat teruk. Arwah koma 2 hari dan tunang arwah, patah kaki dan buta mata sebelah.
Mama cakap sebelum arwah meninggal, mama ada mimpi arwah suruh pilihkan baju pengantin untuk arwah. Mungkin mama yang paling rapat dengan arwah, sebab tu dapat mimpi macam tu. Beberapa bulan sebelum arwah meninggal, arwah ada balik Sabah. Itu la kali terkahir fie jumpa dengan arwah cik Boy. Kali terkahir fie dimarahi oleh Arwah cik Boy masa cik Boy ajar Matematik. Arwah sangat pandai. Dan juga kali terakhir fie main badminton dengan arwah. Arwah cakap, "nanti cik Boy balik, kita main badminton lagi k!" Ayat tu fie akan ingat sampai bila-bila.
Kalau fie tau, arwah akan tinggalkan kami, sepanjang dia balik Sabah hari tu, hari-hari fie main badminton dengan cik Boy, jalan-jalan dengan cik Boy, tak marah cik Boy sebab cik Boy merokok, hari-hari belajar dengan cik boy Matematik, belajar betul-betul tunjuk yang fie boleh dapat no 1 dalam kelas. Pintu store rumah lama yang cik Boy tumbuk tu ada lagi. Tak tukar sampai sekarang. Kalau cik Boy ada lagi mesti fie dah dapat anak buah kan. Sayangnya sebulan je lagi dari tarikh perkahwinan cik boy dah pergi dulu. Rindu cik boy sangat-sangat. Mama dan ayah pun sama. Semoga roh arwah ditempatkan oleh orang-orang yang beriman.
Ni antara gambar-gambar fie dengan arwah cik Boy.
Sekarang yang tinggal cuma gambar-gambar dan kad raya terakhir yang arwah bagi fie dan adik-adik fie dulu supaya fie tak lupa dengan pesan arwah dan jugak adik fie yang ke 10, mama namakan sempena nama arwah dan tunang arwah, Fitri Nur Iylia, sebab masa arwah meninggal, mama tengah mengandung adik no 10, so, kami sekeluarga takkan lupa dengan arwah. We missed u , cik Boy. Al-Fatihah.
Selamat Hari Kemerdekaan Borneo Sabah Sarawak & Selamat Hari Malaysia ke 50
Hey guys, maybe masih belum terlambat lagi nak wish HAPPY BIRTHDAY BORNEO!! So, dah 50 tahun Sabah & Sarawak merdeka, dan kita patut bersyukur dengan keamanan yang diberi. Sebagai Sabahan, saya berbangga dilahirkan dan tinggal di Sabah sebab orang Sabah sporting gila, freindly and united. Jarang nak dengar riots yang berlaku di Sabah. Selain itu, walaupun dekat Sabah ini ada banyak parti-parti politik tapi dorang tetap boleh duduk satu meja and have a "kupi-kupi" time together. Semua tu kita boleh nampak di setiap restoran dan open house tidak kira agama apa pun dianuti.
Tapi amat menyedihkan sebab tak ramai orang Sabah dan Sarawak tau tentang kemerdekaan Borneo. Mungkin sebab dalam kalendar dah mark as Hari Malaysia. Kenapa tak mention sekali Hari Kemerdekaan Borneo jugakkan. BTW,sejak ada perhimpunan bersih tahun lepas, 2012, yang berlaku pada 31 Ogos 2012, bunting Sambutan Hari Kemerdekaan Sabah ke 50 dah di pasang lagi awal sebelum Hari Kemerdekaan ke 56. Kan bagus sebelum ni pun buat macam tu. Tapi apa-apa pun, saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan juga anak Sabah, walaupun orang-orang Semenanjung selalu fikir Sabah tempat yang ulu, ketinggalan dan sebagainya. Mungkin dorang patut sedar, sumbangan negeri Sabah juga pada pendapatan negara dan patut datang sendiri ke Sabah yang Sabah tak lah seulu yang dorang sangkakan (ex: tak ada line hp & internet, kampung, hutan, bangunan ala-ala cowboy town etc) banyak lagi pembangunan tengah rancak dijalankan sekitar Sabah. Ok, nanti siapa2 yang nak pergi Sabah 2 bagitau lah k. Boleh rekemenkan tempat2 yang best untuk pergi. Chow :)
Thursday, September 12, 2013
Here we go again.
Assalamualaikum and hi guys. Hari ni baru ada kesempatan nak update blog setelah dah lama tak update. Busy sangat, maklumlah bisnes woman. Sepanjang semester lepas busy dengan intersesi, bisnes kuih raya, bisnes tudung dan juga uruskan family.
Alhamdulillah, cuti semester kali ni terisi dengan perkara yang berfaedah tak macam sem yang lepas, asyik2 tidur, makan online, tidur makan, online. First trial buat bisnes kuih raya tahun ni agak memberangsangkan. Before this, mak yang buat fie yang promote, tapi tahun ni fie pulak yang buat and buat promotion sendiri. Kelam kabut nak buat sendiri semuanya, tapi semua tu berbaloi. Duit untung semua tu dapat belanja adik2 baju raya. Happy sangat dapat belikan dorang baju raya. So, tahun ni dah tahun kedua beli baju raya pakai duit titik peluh sendiri. Harap2, semua customer yang dah beli biskut raya dengan fie suka dengan biskut raya yang fie buat k. Thank you so much and next year jangan lupa order lagi ;)
Oh ya, nak bagi tau kat semua kawan2 blogger ni. Last puasa hari tu fie dapat adik baru. Seronoknye!!!! Umpama macam dapat anak.. LOL. Fie dapat adik perempuan yang ke12. Namanya Fitri Nur Aishah, we call her echa. hihih Comel sangat u'olls. Geram je, hari2 kena cubit dengan kakaknya.
BTW, minggu ni dah start semester baru. Alhamdulillah, dah Part 5. Sem depan dah practical. Setahun je lagi nak habis belajar. Sem ni rasa sangat mencabar dari sem2 yang lepas. Harap2 semua berjalan dengan lancar. Selamat masuk sem baru kawan2. :)
p/s :First time duduk rumah sewa sem ni. Sepanjang jadi student tak pernah lagi duduk rumah sewa. Haihhh Sabo je lah.
Saturday, July 20, 2013
Tempahan Biskut Raya 2013 Resepi Turun Temurun Gerenti Sedap!!! (COD AREA KK)
HOMEMADE COOKIES BY Syarifah Syufina (RESEPI TURUN TERMURUN SEJAK 1980)
Jom order biskut raya sekarang. Booking order hanya boleh dibuat sehingga seminggu sebelum raya. COD area KK sahaja. Penghantaran biskut raya ke tempat anda seminggu sebelum raya. BOOKING DULU, BAYAR KEMUDIAN.
100% BUTTER (BUTTERCUP)
Jom order biskut raya sekarang. Booking order hanya boleh dibuat sehingga seminggu sebelum raya. COD area KK sahaja. Penghantaran biskut raya ke tempat anda seminggu sebelum raya. BOOKING DULU, BAYAR KEMUDIAN.
100% BUTTER (BUTTERCUP)
~Batang Buruk Kacang Hijau - RM25 ( 1 balang)~
~Biskut Ulat Bulu - RM25 (1 balang / 50 pcs)~
~Biskut Makmor - RM28 (1 balang / 50 pcs)~
~Biskut Sarang Semut - RM28 (1 balang / 50 pcs)~
~Biskut Tart Nenas - RM28 (1 balang / 50 pcs)
Jom booked order anda sekarang. whatsapp/wechat/kakaotalk : 014-6165514. SERIUS BUYER ONLY. :)
Saturday, April 13, 2013
TUDUNG SEGI 4 TRIBAL. NOW ONLY RM23. BUY 2 FOR RM20
T1
T2
T3
T4
T5
T6
T7
T8
T9
T10
Untuk order boleh pm fb page http://www.facebook.com/sysyufinahijabcloset or sms/whatsapp 0146165514
Subscribe to:
Posts (Atom)