Next update for today is "If I could turn back the time". Okay, kalaulah kita boleh kembali ke zaman silam, apa perkara yang kita nak buat lagi sekali? Sebenarnya fie banyak perkara nak buat kalau boleh kembali ke zaman silam, tapi yang betul-betul fie nak ialah pada saat kehilangan arwah pakcik tercinta, Iylia Ruzaini bin Ibnu @ Boy.
Masuk bulan Ogos yang lepas, dah 7 tahun arwah pakcik fie tinggalkan kami sekeluarga. Walaupun dah boleh terima pemergian arwah, tapi rindu tetap ada. Dia macam abang kepada fie. Mama fie bela arwah cik Boy dari kecil lagi sebab nenek duduk jauh, Sampai mama dah kahwin pun, ayah yang tanggung sekolah arwah cik Boy sampai dia masuk Kolej. So, bila arwah meninggal tu, yang paling terasa sekali mama dan ayah terutamanya. Fie pun sangat terasa sebab fie dari bayi sampai sekolah menengah membesar dengan arwah.
Macam mana arwah meninggal? Arwah meninggal masa fie form 4 dalam eksiden dekat Rawang. Masa tu arwah baru balik dari amik tunang dia, Fitri, dari kerja naik kereta kancil tunangnya.. Masa dekat traffic light area Rawang, ada beberapa mat rempit telah rompak arwah dan tunangnya. Jam, dompet semua orang tu ambil. Arwah ni pulak jenis yang panas baran, so lepas kena rompak tu, arwah kejar perompak tu. Mungkin nasib tak baik, kereta yang arwah bawa tu eksident dengan kereta lain dan sangat teruk. Arwah koma 2 hari dan tunang arwah, patah kaki dan buta mata sebelah.
Mama cakap sebelum arwah meninggal, mama ada mimpi arwah suruh pilihkan baju pengantin untuk arwah. Mungkin mama yang paling rapat dengan arwah, sebab tu dapat mimpi macam tu. Beberapa bulan sebelum arwah meninggal, arwah ada balik Sabah. Itu la kali terkahir fie jumpa dengan arwah cik Boy. Kali terkahir fie dimarahi oleh Arwah cik Boy masa cik Boy ajar Matematik. Arwah sangat pandai. Dan juga kali terakhir fie main badminton dengan arwah. Arwah cakap, "nanti cik Boy balik, kita main badminton lagi k!" Ayat tu fie akan ingat sampai bila-bila.
Kalau fie tau, arwah akan tinggalkan kami, sepanjang dia balik Sabah hari tu, hari-hari fie main badminton dengan cik Boy, jalan-jalan dengan cik Boy, tak marah cik Boy sebab cik Boy merokok, hari-hari belajar dengan cik boy Matematik, belajar betul-betul tunjuk yang fie boleh dapat no 1 dalam kelas. Pintu store rumah lama yang cik Boy tumbuk tu ada lagi. Tak tukar sampai sekarang. Kalau cik Boy ada lagi mesti fie dah dapat anak buah kan. Sayangnya sebulan je lagi dari tarikh perkahwinan cik boy dah pergi dulu. Rindu cik boy sangat-sangat. Mama dan ayah pun sama. Semoga roh arwah ditempatkan oleh orang-orang yang beriman.
Ni antara gambar-gambar fie dengan arwah cik Boy.
Sekarang yang tinggal cuma gambar-gambar dan kad raya terakhir yang arwah bagi fie dan adik-adik fie dulu supaya fie tak lupa dengan pesan arwah dan jugak adik fie yang ke 10, mama namakan sempena nama arwah dan tunang arwah, Fitri Nur Iylia, sebab masa arwah meninggal, mama tengah mengandung adik no 10, so, kami sekeluarga takkan lupa dengan arwah. We missed u , cik Boy. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment