Wednesday, March 16, 2011

Ekspedisi Gunung Senyum, Temerloh, Pahang 2011

11 - 13 Mac 2011, Kelab Inspirasi mngajurkan aktiviti ekspedisi ke Gunung Senyum...dah dengar nama tempat gunung, so maknanya kena mendaki gunung la..berapa ramai yang pergi???34 orang je termasuk pengiring...

Sepanjang Perjalanan!!!
banyak perkara yang tak kena sepanjang perjalanan ke Gunung Senyum...

  • Hujan berpanjangan
  • kitorang dapat driver yang tak tahu jalan ke Gunung Senyum tu..
  • Dalam perjalanan, kitorang terserempak dengan 2 accident kereta...yg pertama kereta terbakar, 2nd kereta remuk...
  • dalam perjalanan, masa fie tidur, fie terkejut sebab terdengar bunyi kuat..rupa-rupanya, driver langgar babi hutan or ayam..
  • Di waktu senja...driver terlanggar benda lagi...tapi tak tahu apa..sebab dah turun cek tak ada apa2..
  • Semasa nak pasang khemah, dahan pokok patah dan terjatuh..nasib baik tak kena khemah...
puhh kanan puhh kiri..melalui tanda-tanda yang tak kena tu lah...jeng3

Hari ke-2 ekspedisi, dalam tentatif memang dirancang untuk mendaki gunung...tapi masa hari tu rancangan tu macam jadi tak jadi tau sebab semalamnya hujan kan..sekejap cakap cancel, sekejap cakap pegi masuk gua je..last2 naik gunung,,

Kitorang naik gunung dalam pukul 11 pagi...sebenarnya amat mengejutkan semasa naik gunung tu sebab kitorang ingat ada track dan tali..kitorang cuma akan berpaut pada batu, akar pokok dan pokok yang ada....rupanya takde..lepas tu gunung tu curam giler...bagi fie, gunung tu tak sesuai bagi kitorang sebab yang pegi tu semua tak ada pengalaman pun...

masa naik tu mula-mula memang tak reti sangat, tak reti grip kaki, badan macam berat je..boleh ke naik nie..pertanyaan timbul dalam kepala otak..lepas tu berfikir macam mana nak turun nanti...guna laluan yang sama ke..or ada laluan lain...sebab kalau nak turun pakai laluan sama memang tak sanggup...kitorang suma berharap ada laluan lain  yang senang..rupa-rupanya jangkaan meleset..situ kitorang naik, situ kitorang turun..huhu

Masa naik tu sangat penat..huhu dah tak larat..
dengan tangan kaki terseret kat batu..huhu
tapak tangan sakit kot..
 pergelangan tangan kanan fie pun sakit...
tapi masa naik tu sekejap jedah sampai..
fie sampai ke base 2 Gunung Senyum dalam pukul 2..
fie tak naik sampai puncak pun..
dah penat...
sejam rehat kat atas gunung tu...
dan kul 3 gerak turun...

Masa nak turun la sebenarnya cabaran bermula..
silap sikit nyawa bila-bila masa boleh kena cabut..
fie takut sangat nak turun tapi beranikan diri je..
sebab kawan-kawan fie dah cuba nak turun tapi naik balik sebab takut..
fie beranikan diri kot..
turun je lah, lau tak turun sekarang nak turun bila kan..
masa nak turun tu tak terasa lapar pun...
walaupun kitorang cuma makan sarapan pagi je..
Nasi lemak..
kitorang semua fikir camna nak turun je...

Sepanjang perjalanan nak turun tu, pertanyaan timbul lagi..
"tak sangka kan gunung nie aku naik..."hahaha
masa turun tu memang seram..
TAKOTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!
lepas tu tiba-tiba hujan lak...
huhu sejuk sangat kat atas tu..
dah la licin takott nak turun...
kawan fie sikit tau jatuh gaung...huhu
depan mata fie...
terkejut sangat-sangat...
huhu..
nasib baik ada Rahmat..lau tak da dia...entah pa dah jadi kan..
lepas dah nampak kawan fie hampir jatuh...
perasaan takut tu makin membuak2...
kaki menggigil..
tak leh fokus..huhu
and again nasib baik ada Rahmat...
dia memang bertanggunjawab sangat...dia tolong semua orang untuk turun..
dan tak lupa juga kepada semua lelaki..
korang memang the best...
terhutang budi yang teramat..

fie selamat sampai kaki gunung..
sebelum senja..
nasib baik masih terang lagi..
bersyukur pada Allah..
kebanyakan kawan-kawan yang lain selamat sampai kaki gunung pukul 9.30 malam..
bersyukur sebab dorang semua selamat...
walaupun luka-luka..
seluar koyak rabak..
terima Kasih pada pacik yang hantar makanan..
sebab nampak isyarat SOS fie...
nasib baik pak cik tu risaukan kitorang sebab pakcik hantar makanan waktu tengah hari,..
lepas tu malam tu hantar makanan dia ternampak makanan tengah hari tu tak usik langsung..
nasib dia cari kitorang kat hutan..
Terima kasih Allah sebab bagi pertolongan..
walaupun pakcik tu cuma angkut kitorang naik trak hantar balik tempat camp...
terima kasih pada Allah..
sebab doa kami semua termakbul..
sebab panjangkan lagi umur kami semua..
Alhamdulillah...

sekarang fie dah tau dah macam mana rasa orang yang tak boleh keluar dalam hutan..
dengan sejuk dan tak makan..
gelap...
sangat menakutkan..
kerisauan tu nampak sangat..
yang fie pegang sepanjang pendakian tu,
 Fokus, fikir guna akal, berusaha sedaya upaya, dan senyap...

Kesilapan banyak berlaku di sini..
1st, tak buat research dengan teliti pasal gunung senyum tu..
2nd, naik gunung senyum tu walaupun dah tau semalam hujan, gunung tu licin..

ok, fie nak selitkan gambar-gambar masa ekspedisi hari tu ok..













1 comment:

hasrul hassan said...

Salam .. perghh mantap la sofie. :) memang hebat. Abang nak kena belajar ngan sofie ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...