Assalamualaikum, hari Sabtu lepas fie pergi ke litar Sepang sebab adik fie yang no 3, Daus, ada latihan motor kat sana. Sepatutnya perlumbaan round 3 Malaysia Super Series untuk kategori SIC 250 Ninja Cup berlaku minggu lepas tetapi dibatalkan. cuma latihan diadakan. Adik fie ada practice dalam litar dalam pukul 11 lebih macam tu.
Fie tak ingat practice untuk hari tu berapa minit or berapa lap. Masa dah habis sesi practice, berlaku kemalangan antara seorang marshall india dan rider dari kategori SIC 250 Ninja Cup. Masa sebelum kemalangan tu berlaku, fie tengah borak2 dengan akak Penang dekat paddock Anak dia pun sama team dengan adik fie. Kejadian tu berlaku betul2 depan fie, tapi fie tak berani nak pergi tengok sebab takut. Masa kemalangan tu berlaku, terus jantung berdegup kencang. Fie dah risau dah, ingatkan adik fie yang eksiden. Fie tengok rider2 lain dah masuk paddock, tapi fie tak nampak adik fie. Double risau dibuatnya. Nasib baik terjumpa kat paddock bahagian belakang.
Rider yang langgar marshall tu namanya Mohd. Izzat Mohd. Abdul Hakin, 17. Rider tu telah langgar marshall india (flagman) yang masa tu dekat tepi litar. Dengar cerita yang rider tu sebenarnya dah 2 kali terima checked flag tetapi rider tu masih lagi dalam litar untuk sesi latihan. Tak pasti kenapa dia boleh langgar marshall tersebut, nak cakap tak nampak checked flag untuk kali pertama mungkin possible tapi yang untuk kali kedua kenapa masih tak nampak lagi. Itu yang masih dalam persoalan. Dan kemalangan tu bukan berlaku dekat bahagian corner, tapi dekat betul2 depan pit jalan lurus. Masa rider tu langgar marshall tu, marshall tu terhumban jauh jugak dari garis permulaan /penamat. Rider tu pulak jatuh dan terseret dengan motor tu sekali. Adik fie yang masa tu dekat belakang selepas kemalangan tu berlaku, dia cakap yang marshall tu teruk giler sebab badan kepala dah terpusing dan macam patah. Darah pun banyak keluar. Rider tu pula cedera parah bahagian kepala dan ada yang cakap pinggang terpusing. Riuh giler masa kemalangan tu berlaku. Semua marshall2 dan orang ramai terus berkumpul dekat dengan marshall dan rider tu. dan ada sorang marshall india tu nangis kuat giler terjerit2 meroyan. Mungkin saudara kot. Ambulans dengan segera datang tapi medic tu angkut marshall tu dulu then baru datang balik ambil rider tu. Nasib baik pit dengan medical centre dekat sangat2. Mula2, marshal dan rider tu kena rawat dekat medical centre dulu. Lepas setengah jam macam tu baru kena hantar dekat Hospital Putrajaya. Dan telah dikhabarkan bahawa, marshall tersebut telah meninggal pada hari yang sama kemalangan tersebut.
Lepas je kemalangan tu, semua marshall bersihkan darah-darah dekat litar tu. Ayah rider tu pula lalu depan fie dengan bawa helmet anak dia. Penuh darah dalam tu. urghhh!!! First time tengok perkara macam ni. Dan hari tu jugak, semua perlumbaan dan practice untuk Malaysian Super Series Round 3 dibatalkan. Ni la kemalangan kali kedua yang dah berlaku dekat litar Sepang. Kalau ingat lagi, kemalangan pertama masa Marco Simoncelli eksiden yang telah menyebabkan dia terbunuh.
Credit picture : KEZOOM BLOGSPOT
Gambar yang diambil oleh fie
Ni gambar kemalangan antara rider dan marshall pada 21/9/2013
Credit picture : KOSMO ONLINE
Gambar mendiang Marco Simoncelli eksiden pada tahun 2011
Berita boleh baca dekat KOSMO ONLINE : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
No comments:
Post a Comment