Friday, December 17, 2010

Bahasa Sabah


Melayu (Bahasa Malaysia) adalah bahasa kebangsaan yangdiucapkan di seluruh etnik, walaupun dialek Sabahan  berbeza banyak dalam infleksi dan intonasi dari versi Semenanjung Malaysia. Sabahan aksen Bahasa Melayu adalah sebenarnya apa yang 'Dewan Bahasa & Pustaka' menyokong,iaitu Baku, . Sabah juga mempunyai bahasa gaul yang unik untuk banyak kata dalam bahasa Melayu, sebahagian besar berasal dari kata pribumi atau Indonesia. Inggeris, Mandarin dan Hakka dan Kantonis secara meluas difahami. Selain itu, bahasa asli seperti Kadazan, Dusun, Murut Bajau dan mempunyai segmen sendiri pada siaran radio negara. (translated from wikipedia)

saya mo cakap Sabah la hari ni..heheh saya sokong statement di atas haha..tetapi( mo added sikit) terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.


 bah hari nie sepa2 yang mo belajar cakap Sabah...hands up please..hahahha


Perbendaharaan Kata
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

* bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* lilipan - lipan
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* poncit - pancit
* semberana - sengaja
* sikang - sudu
* sigup - rokok
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* bubut - kejar
* palui - bodoh
* sot - gila
* ngam-ngam - sesuai
* silaka - Celaka
* mem - ibu
* bos - bapa
* jambu - jelita
* mangkali - berangkali
* diorang - mereka



Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

* Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

* Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

* Bah. - Baiklah

Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.



Penggunaan "anu"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.


Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

* pigi - pergi
* sijuk - sejuk
* bisuk - besok
* mimang - memang
* cilaka (silaka) - celaka

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

* kamarin - kelmarin
* paning - pening
* bali - beli
* karbau/krabau - kerbau
* tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
* tambirang - Tembirang
* sanapang - 'senapang

Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

* bula - bola
* urang - orang
* buduh - bodoh
* munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
* slipar - selipar
* krusi - kerusi
* triak - teriak'
* brani - berani
* tlefon - telefon
* skarang - sekarang


Penggunaan Berbeza
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.

Contohnya:

* Sia (saya) - Saya
* aku - saya
* kau - awak
* periuk - kuali
* celana - seluar
* piring - pinggan
* mengarti (mengerti) - faham
* Nda payah - tak perlu
* ta'usah (tak usah) - jangan
* munyit (monyet) - kera
* minta puji - berlagak (sombong)
* jandila (jendela) - tingkap

Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

* tapuk - sorok
contoh : wui, main tapuk-tapuk yuk..?

* biasa - nakal
contoh : Biasa r. lain kali jangan buat lagi,..


Dialog Sabah
 scene 1

Tauke : Ah moi, bawa air sijuk pigi meja satu.
Waitress : ( Spilt water on the table )
Tauke : Silaka! Sudah berapa kali saya bilang hati-hati? Mimang tidak ada hati kerja. Bisuk jangan datang!

vokal 'e' jadi 'i'

scene 2

Anu : Tauke, kamarin mana kau tapuk?
Tauke : Saya pigi tamu bali krabau.
Anu : Minta puji! Mana ada bali krabau. Bali tarap, sia parcayalah.

vokal 'e' jadi 'a'


scene 3

"Jangan kau brani tlefon sia lmpas pukul lapan."
"Siapa tapuk slipar aku di bawa krusi?"triak bos.

vokal 'e' tiada..hilang sdh..hahah

selain itu, vokal 'o' jadi 'u', seperti
- urang - orang
-buduh - bodoh
- munyit - monyet
- bula - bola


Kesimpulan
Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.
Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.

1 comment:

Admin said...

Salam .. wahh bagusnya .. :) thanks enrti yang sungguh berguna ini.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...