Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Jom Sihat 3 - Kesan merokok

 Kesan Kepada Perokok


Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda? 
• Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang  
• Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa 
organ dalam tubuh badan kita 


Apakah kesan-kesan jangka pendek? 


  1. Otak -Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak  tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya  
  2. Telinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak 
  3. Mata  - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan  
  4. Mulut  - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak, nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut dan gigi menjadi kuning
  5. Hidung  - Mengurangkan deria bau 
  6. Kulit  -   Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut 
  7. Paru-paru- Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan
Apakah kesan-kesan jangka panjang?


  1. • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)  
  2. • Penyakit Jantung  
  3. • Angin Ahmar / Strok  
  4. • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)  
  5. • Penyakit mulut dan gusi  
  6. • Ulser (perut, peptic)  
  7. • Osteoporosis  
  8. • Kemandulan (tidak boleh hamil)  
  9. • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks  
  10. Mati pucuk  
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-
1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :



Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok



Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain? 

Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran  
• Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti 
mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk 
aedes  
• Menyebabkan pencemaran udara  
• Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga 
boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak  
• Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran  


Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.




Jom sihat 2

1. MADU LEBAH



Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma- Haid- Resdung
- Alahan- Jerawat- Rambut gugur
- Barah- Letih- Sakit kepala
- Buasir- Lendir kahak- Sakit pinggang
- Batuk kering- Lemah jantung- Sakit sendi
- Batuk- Mata- Sukar tidur
- Darah Tinggi- Pening
- Gastrik- Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus

2. KURMA

a. Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

b.
Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium



Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.



c. Menguatkan Ingatan



Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.



d. Penawar Racun



Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."



e. Meredakan Tekanan Darah



Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.



f.Menambah Tenaga Seksual



Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim. 



3. KISMIS



  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
  • Memperbaiki circulation (termasuk  varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

4. PISANG

  • tekanan perasaan
  • PMS
  • anemia
  • tekanan darah tinggi
  • kuasa minda
  • penghadaman
  • keletihan
  • panas jantung
  • demam pagi
  • gigitan nyamuk
  • saraf
  • obesiti dan tekanan kerja
  • ulser
  • kawalan suhu
  • Seasonal Affective Disorde
  • Ketagihan Rokok & Tembakau
  • Stres
  • Strok
  •  jerawat, kudis, parut, kurap dsb

Monday, December 6, 2010

Jom sihat

1. Cili


sy suke pedas..lg pedas lg best..


Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Dalam nilaian ekonomi, cili adalah buah terpenting dan mendapat permintaan tinggi hingga nilai kegunaannya mencecah RM90 juta setahun. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dalam rekod CAB Abstracts 1995, capsaitin yang terkandung di dalam cili dilaporkan sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.


2. Petai




Petai juga merupakan tumbuhan asli negara ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Ia mengandungi 11% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Petai atau nama saintifik parkia spp tergolong dalam famili leguminasae. Pokok petai yang terdapat di negara kita terdiri daripada 4 spesies antaranya petai kerayung (parkia javanica), petai maranti (parkia singularis), petai biasa (parkia speciosa) atau dipanggil petai papan dan petai nering (parkia sumatrana).
Sebenarnya kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini petai yang kecut tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional masyarakat melayu biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. 

3. Bendi


 Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

4. Peria

Peria merupakan sejenis sayur yang mempunyai bentuk seakan timun. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan panas radang.

5. Timun

Timun merupakan sayur tempatan tetapi bukan dikategorikan sebagai sayur asli. Tempat asalnya dipercayai di kawasan banjaran Himalaya, di India. Timun atau dikenali juga sebagai mentimun sedap di makan sebagai ulam mentah. Menurut kajian tempatan, timun hanya mengandungi sedikit sahaja protein iaitu 0.65%, lemak 0.1%, dan karbohidrat 2.2%. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2, C dan niasin.
Bahagian timun yang mempunyai rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan sebatian kimia jenis terpen yang dikenali sebagai cucurbitasin. Manakala biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Timun yang masak pula jika dimakan mentah dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan. Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

6. Bawang
Nie fevret sy...kalau grg lg sdp...mkn cm kropok..

Memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.

Bawang dicincang, dipanggang bersama madu lebah dan dimakan untuk merawat asma, batuk, sakit dada dan sesak nafas

Bawang ditumbuk lumat dan ditampal pada penyakit tapak kaki, dibahagian dada apabila sesak nafas, sakit perut dan sengatan serangga.

Bawang dihancurkan campur air limau dan diminum untuk menyingkirkan kahak, merawat bengkak anak tekak, senak perut dan reumatisme.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...