Thursday, December 16, 2010

Cadang bina terowong jalan raya di kawasan berbukit



KOTA KINABALU 15 Dis. - Kerajaan negeri bercadang membina terowong dalam projek pembinaan jalan raya di negeri ini pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pembinaan terowong di kawasan berbukit di negeri ini dilihat amat sesuai dan efektif dalam jangka masa panjang.


"Kementerian kami sudah tentu menjadikan pembinaan terowong ini sebagai satu agenda dan sedang mempertimbangkannya.

"Meskipun kemungkinan kos pembinaannya agak mahal tetapi kos penyelenggaraan murah," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian seminar Geoteknikal dan Kejuruteraan Pengangkutan Antarabangsa 2010 di sini, baru-baru ini.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri berkata, pembinaan terowong akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya kerana ia dapat menjimatkan masa perjalanan.

Dalam pada itu beliau memberitahu, pada masa ini pihaknya sedang berusaha menyakinkan Kerajaan Pusat mengenai kepentingan pembinaan terowong dalam sistem jalan raya di negeri ini.


credit : Utusan Malaysia Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...