Saturday, June 28, 2014

Tempahan Biskut Raya (COD KK) dan Kuih Cincin Sabah 2014


Assalamualaikum pembaca sekalian. Ramadhan kali ni  fie nak buka lagi tempahan biskut raya dan juga kuih cincin. Tempahan biskut raya ni hanya di buka untuk warga2 sabah sekitar Kota Kinabalu. Untuk Kuih Cincin dan Keropok Amplang tempahan dibuka untuk warga2 semenanjung.

1. Tempahan Biskut Raya

  • Untuk order sila bagi details spt (nama, no tel, alamat, jenis biskut, dan kuantiti). 
  • Penghantaran percuma sekitar Kota kinabalu, Putatan, penampang, Inanam, Menggatal etc.
  • Order dulu, fie buat biskut yg kamu order, saya hantar. (Bayaran semasa penghantaran).
  • Whatsapp ke no fie 014-6165514
  • Jangan lupa like page fie https://www.facebook.com/jueshomemadecookies
Senarai harga biskut:

Almon London = RM30 (50 pcs)
Tart Nenas Gulung = RM28 (50pcs)
Biskut Makmor = RM28 (50 pcs)
Batang Buruk Kacang Hijau = RM25 (1 balang)
Biskut Ulat Bulu (Kurma) = RM25 (50 pcs)
Biskut Sarang Semut = RM28 (50 pcs)
Biskut Semperit = RM25 (50 pcs)









2. Tempahan Kuih Cincin dan Keropok Amplang

Kuih Cincin
  •  1 pek (40 BIJI) 1 KG = RM20 tidak termasuk penghantaran
Keropok Amplang
  • 1 pek (1 kg) = RM25 tidak termasuk penghantaran

Untuk membuat order, sila berikan butir-butir seperti berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
ITEM:
KUANTITI:

Cas Postage adalah  seperti berikut:
Semenanjung Malaysia
Pos Biasa
1 pek = RM10
2 pek = RM15
3 pek = RM18
lebih dari 3 pek akan diberitahu kemudian.
penghantaran dalam masa seminggu

Pos Laju
1 pek = RM15
2 pek = RM22
3 pek = RM 35
lebih dari 3 pek akan diberitahu kemudian
penghantaran dalam masa 1-2 hari 
*cas postage adalah berdasarkan tax, berat dan saiz parcel. (take note ok)

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank
SYARIFAH SYUFINA MOHD KAMARUDEN
151520012611

Setelah membuat pembayaran, sila hantarkan bukti pembayaran, serta butir pembayaran seperti tarikh dan masa.

Penghantaran akan dibuat dalam masa dua hari selepas pembayaran.

Jangan lupa like page fie k https://www.facebook.com/KuihCincinKeropokAmplangSabah



Cepat2 order k. Nanti terlepas pula :)

Thursday, November 7, 2013

HIJRAH?

Assalamulaikum,

Okay untuk entry kali ni kita akan bincangkan pasal pengertian HIJRAH. Apa maksud hijrah? Hijrah adalah bermaksud berpindah daripada sesuatu kepada sesuatu.  Hijrah juga mempunyai banyak maksud atau definisi. Maksud hijrah daripada para ulama ialah  perpindahan dari negeri kaum kafir atau kondisi peperangan ke negeri muslim. Selain itu hijrah juga bermaksud meninggalkan sesuatu yang dilarang Allah swt. 



Pengertian hijrah harus sentiasa ada dalam diri setiap muslim. Berubah atau behijrah dari sesuatu yang tidak baik kepada baik, meninggalkan sesuatu yang dilarang kepada yang diredhai Allah swt. Hijrah ni bukanlah untuk satu jangka masa yang pendek. Bila kita dah buat keputusan untuk berhijrah kepada sesuatu yang baik, kita tak boleh menyesal dan berpatah balik ke jalan lama. 


Sekarang ni bila kita tengok industri hiburan tanah air, ramai artis2 yang dah berhijrah tak kira lah artis wanita atau lelaki. Ramai artis yang dulunya tak bertudung sekarang dah pakai tudung. Alhamdulillah. Ini bermakna mereka telah sedar untuk berhijrah daripada sesuatu yang dilarang oleh Allah swt seperti berpakaian membuka aurat, bersentuhan dengan bukan muhrim dan sebagainya, kepada sesuatu yang disuruhi Allah swt. Ini menjelaskan lagi pengertian hijrah "Hajara-yahajiru-uhjur" yang bermaksud " meninggalkan atau menjauhi" (tidak melakukan segala perbuatan keji). Menjauhi dan meninggalkan tu sangat meluas dari konteks hijrah. Umat islam hendaklah menjauhi segala perkara ynag membawa kepada dosa seperti menggagung-agungkan harta, nama dan pangkat, membuat publisiti untuk diri -sendiri, kecantikan yang membawa keberahian, nafsu syahwat, nafsu syaitan, kemewahan dunia serta kelazatannya. 

Sebagai contoh Diana Amir. Dulu berpakaian seksi, berlakon pun pakai baju macam tak pakai baju tapi sekarang cantik sangat bila tengok Diana Amir pakai-pakaian sopan, bejubah, berselendang.Tak bermakna bila kita mengenakan tudung kita tak boleh berfashion, bergaya, pakai-pakaian yang up-to-date. Sebab tu sekarang dah banyak fashion untuk hijabista muslimah. Ini untuk menggalakkan lagi lebih ramai wanita di luar sana untuk behijrah mengenakan tudung. Tapi bila dah bertudung kenalah berpada-pada. Janganlah pakai-pakaian yang sendat, tudung paras dada, pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek dan macam-macam2 lagi la. 



Memandagkan kita sekarang di zaman modern, kita semakin kehadapan dengan teknologi canggih masa kini tapi kita makin jauh meninggalkan apa yang di suruh Allah swt. Makin ramai yang terjebak dengan gejala2 yang tidak baik, kes rogol bunuh berleluasa, hiburan seperti pub dan rumah pelacuran bermaharaja lela. Ini bermakna kita sudah makin dekat dengan kiamat. Tapi bagaimana kita nak mengajak semua umat islam kita di seluruh dunia untuk bangkit dan sedar untuk berhijrah ke jalan Allah swt? Takkan kita nak tunggu dapat petunjuk atau mimpi baru kita nak berhijrah? Kita bernasib baik sekarang ni makin banyak ceramah2 agama dijalankan setiap hari untuk menyebarkan dakwah untuk memberi kesedaran kepada umat islam lagi2 kepada golongan muda. Dengan itu, kita patut mulakan tindakan dalam diri kita, renung sedalam-dalamnya apa perkara yang tidak baik yang selalu kita lakukan yang patut kita tinggalkan dan berhijrah menjadi sesuatu atau seeorang yang baik dan tidak melakukan perkara terlarang.


JB with Daus Khalil

25/10/2013 fie pergi JB sebab ada trip kelas g JPO, so dah alang2 sampai JB terus stay sana la jumpa mamat gemok ni. Trip g JPO tu pergi balik je and fie decide untuk stay 1 night kat JB. Sebenarnya dah plan banyak kali nak ke JB, nasib baik ada trip kelas g JPO so apalagi terus contact budak gemok ni "Wei, ko kat JB ke Singapore? Aku nak datang JB ni jumpa ko.." kecoh gile nak g sana. 




Mee Rebus Tulang 

Kuang ajo Daus, dah makan baru tanya "Ko makan daging kambing x?" and aku jawab "tak!! Ni daging kambing ke?" Daus gelak je. Bengong daus. Pening aku dibuat daus. Tapi sedap huhu nak makan lagi. 


Apa2 pun thanks Daus, belanja makan, hotel and tiket bas :D


Thursday, October 24, 2013

3 Benda Penting Kalau Terdampar di Pulau

Assalamualaikum, hari ni nak share sikit pasal assignment kelas E-Commerce. 3 benda penting yang perlu ada kalau kita terdampar di pulau. So, pendapat fie tengtang 3 benda tu adalah :

1. Pisau 

Pisau dengan fie sekarang macam adik beradik. Pergi mana-mana memang bawa pisau, sebab fie jenis yang suka berjalan sorang-sorang. So, pisau tu memang wajib ada untuk pertahankan diri. So bila dah terdampar kat pulau, pisau dah ada siap-siap dekat poket untuk protection or untuk keperluan lain seperti nak cari makanan atau nak buat tempat perlindungan atau pun tanda jalan kalau kita sesat dalam pulau tu.

2. Buku Yassin

Selalunya kalau fie pergi travel fie akan bawa buku yassin yang kecil tu. Benda tu memang selalu ada dalam beg fie. 

3. Lighter


Akhir sekali lighter. Kalau pergi travel mana-mana lighter pun agak penting. Even though tak 'sap kok', lighter ni boleh bagi kita bantuan bila nak buat unggun api dekat pulau ataupun untuk masak. Bila malam or hujan, api tak dapat hidup secara tradisional. So, lighter ni adalah alternative untuk buat api bila terdampar di pulau nanti. 


So, kesimpulan daripada assignment ni. Kita kena bijak memikirkan sesuatu yang luar dari kotak apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang kita tak jangkakan lagi2 bila kita bersendirian. Sama juga macam bila kita dah tempuh alam perkerjaan nanti. World of working is more challenging. Setiap tugasan mungkin berbeza situasi dan memerlukan keputusan yang berbeza. Decision yang kita buat akan tentukan masa depan yang kita tempuh nanti.



Monday, October 21, 2013

Al-fatihah to arwah Muhammad Izzat

Tribute to Muhammad Izzat. Salah seorang rider SIC Ninja 250R Cup, Bike ART Team, yang meninggal akibat kemalangan di litar sepang 20 Sept 2013. Tak lupa juga kepada marshall India, Satish Suppiah yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.




Ahli keluarga arwah Muhammad Izzat

Ahli keluarga mendiang Satish

salah seorang marshall memegang chekered flag, sempena memperingati mendiang Satish yang dilanggar ketika mengibarkan checkered flag. 

arwah Muhammad Izzat bike no #46

credit picture to BikeART


Thursday, October 17, 2013

Selection Shell Advance Asia Talent Cup 2013 - 14/10/2013
























Malaysia Super Series Round 3 Support Race MOTOGP 2013









Adik fie yang tengah pegang botol


#7 MUHAMMAD NUR FIRDAUS MOHD KAMARUDEN

Round 3 Result 
Practice : P14 (3:36.635)
Qualifying :  P13 (2:51.592)
Race 1 : P11 (2:47.975)
Race 2 : P7 (3:09.893) *hujan. 

Good luck next month untuk round 4 & 5. Next month kakak xdapat datang and bagi support dari pit. Ada modul. huhu 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...